Tuesday, March 23, 2010

MINYAK KAYU PUTIH

TIPS UNTUK DIKONGSI BERSAMA


Saya mempunyai 2 orang anak. Saya ingin berkongsi pengalaman saya menangani masalah kahak/pernafasan berbunyi yang dialami oleh kebanyakan bayi sebelum menjangkau setahun. Kedua-dua anak saya mempunyai masalah yang sama.


Semasa bayi perempuan saya berumur kurang dari setahun; dia mengalami masalah bunyi pernafasan disebabkan oleh kahak yang banyak. Doktor mengatakan disebabkan bayi tidak tahu mengeluarkan kahak tersebut. Kahak hanya pada kerongkong dan doktor menasihatkan tidak perlu risau kerana itu memang sesuatu yang biasa berlaku pada bayi. Seperti biasa ubat kahak diberikan.


Anak kedua saya juga mengalami masalah yang sama. Tetapi; kali ini lebih serius kerana kahak tersebut banyak pada paru-paru yang lebih membahayakan. Menurut Doktor; sekiranya dibiarkan kahak akan meyelaputi seluruh paru-paru menyebabkan kekurangan oksigen pada bahagian otak. Ini membahayakan nyawa bayi. Setelah mendapatkan rawatan selama hampir 5 hari di klinik dengan menggunakan gas pernafasan untuk mencairkan kahak dan melegakan pernafasan keadaan tidak banyak berubah. Akhirnya anak saya dimasukkan ke hospital untuk rawatan lanjut.


Semasa dihospital; anak saya diberikan lagi pernafasan gas dan suntikan antibiotik. Selama 3 hari keadaannya pulih seperti sedia kala. Anak saya dibenarkan keluar. Namun; keadaan tersebut hanya untuk seminggu. Pernafasan anak lelaki saya kembali mengalami masalah. Dan kali ini seperti tanda-tanda akan menjadi Asma. Saya amat risau kerana segala jenis rawatan telah diberikan.


Bak kata orang; jangan lupakan amalan orang tua-tua. Ibu menasihatkan saya agar sentiasa menyapukan minyak yang boleh memanaskan badan dibelakang dan juga dadanya. Dan inilah yang saya lupa lakukan terhadap anak kedua saya. Sedangkan itulah yang saya lakukan tanpa putus asa pada anak sulung saya.


Saya mengunakan 'Minyak Kayu Putih' digosokkan dengan agak kuat sikit dibahagian belakang dan dadanya. Saya melakukan sekerap yang mungkin. Setiap pagi; petang dan malam. Keadaannya bertambah baik. Setiap kali waktu tidur pun saya akan menggosokkan 'Minyak Kayu Putih' tersebut. Dan Alhamdulillah; keadannya semakin pulih. Sekarang dia pulih sepenunhya. Tidak perlu lagi makan ubat kahak dan mengambil antibiotik.


Ada perbezaan kesannya semasa menyapukan Minyak Kayu Putih pada anak-anak saya. Mungkin juga sukar untuk dipercayai. Memang saya menggunakan Minyak Kayu Putih sejak mereka lahir lagi. Cuma saya hanya menyapukan secara perlahan pada bahagian2 tertentu. Namun; cara itu tidak berkesan semasa mereka mempunyai masalah kahak. Sekiranya terdapat masalah bunyi pernafasan disebabkan kahak hendaklah menggosokkan Minyak Kayu Putih dengan kuat sedikit dibahagian belakangnya. Urutlah bahagian belakang bayi dengan 'Minyak Kayu Putih'. Jangan gosokkan secara berlebihan kerana takut juga memudaratkan bayi. Insyaallah; dengan izin-Nya keadaan akan bayi anda akan pulih. Namun; dinasihatkan juga dapatkan nasihat doktor tentang kesihatan bayi anda.


Saya berharap tips yang dikongsi ini dapat membantu menangani masalah kesihatan bayi anda. Dan dapat mengurangkan kos perubatan yang semakin meningkat masa kini.




Selamat Mencuba Dan Sehingga Berjumpa Lagi..




















3 comments:

  1. Tq for sharing...very useful :)

    ReplyDelete
  2. tq...atas pekongsian sis...selsma bayi sya sdh 2 bulan tdk sembuh...sejak sya gunakan minyak kayu putih...syukr skrng sdh ok....

    ReplyDelete